Langkau ke kandungan
Baca Al-Quran Al-Karim dalam 49 bahasa dengan terjemahan dan bacaan  Mula membaca →
Islam Word Quran & Seerah
سُورَةُ ٱلْفَاتِحَةِ
Al-Faatiha — Pembukaan
Surah 1 · 7 ayat · Makkiyyah
Bacaan surah penuh Mishary Rashid Alafasy
0:00 0:00

Terjemahan: Abdullah Muhammad Basmeih

1

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

2

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

3

ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

4

مَٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ

Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

5

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

6

ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ

Tunjukilah kami jalan yang lurus.

7

صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.