Semua surah

Surah 88

Peristiwa Menggelisahkan/Hari Pembalasan

سُورَةُ الغَاشِيَةِ

Al-Ghaashiya · Mekah

Kekunci: J ayah seterusnya · K ayah sebelumnya

Audio
  1. 1

    بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ هَلْ أَتَىٰكَ حَدِيثُ ٱلْغَٰشِيَةِ

    Alih huruf: Hal ataaka hadeesul ghaashiyah

    Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi?

  2. 2

    وُجُوهٌۭ يَوْمَئِذٍ خَٰشِعَةٌ

    Alih huruf: Wujoohuny yawma 'izin khaashi'ah

    Muka (orang-orang yang kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina,

  3. 3

    عَامِلَةٌۭ نَّاصِبَةٌۭ

    Alih huruf: 'Aamilatun naasibah

    Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah,

  4. 4

    تَصْلَىٰ نَارًا حَامِيَةًۭ

    Alih huruf: Taslaa naaran haamiyah

    Mereka tetap menderita bakaran neraka yang amat panas (membakar), -

  5. 5

    تُسْقَىٰ مِنْ عَيْنٍ ءَانِيَةٍۢ

    Alih huruf: Tusqaa min 'aynin aaniyah

    Mereka diberi minum dari matair yang menggelegak panasnya.

  6. 6

    لَّيْسَ لَهُمْ طَعَامٌ إِلَّا مِن ضَرِيعٍۢ

    Alih huruf: Laisa lahum ta'aamun illaa min daree'

    Tiada makanan bagi mereka (di situ) selain dari pokok-pokok yang berduri,

  7. 7

    لَّا يُسْمِنُ وَلَا يُغْنِى مِن جُوعٍۢ

    Alih huruf: Laa yusminu wa laa yughnee min joo'

    Yang tidak menggemokkan, dan tidak pula dapat menghilangkan sedikit kelaparan pun.

  8. 8

    وُجُوهٌۭ يَوْمَئِذٍۢ نَّاعِمَةٌۭ

    Alih huruf: Wujoohuny yawma 'izin naa'imah

    (Sebaliknya) muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri,

  9. 9

    لِّسَعْيِهَا رَاضِيَةٌۭ

    Alih huruf: Lisa'yihaa raadiyah

    Berpuas hati dengan balasan amal usahanya (yang baik yang telah dikerjakannya di dunia), -

  10. 10

    فِى جَنَّةٍ عَالِيَةٍۢ

    Alih huruf: Fee jannatin 'aaliyah

    (Mereka tinggal menetap) di dalam Syurga tinggi (tempat kedudukannya darjatnya),

  11. 11

    لَّا تَسْمَعُ فِيهَا لَٰغِيَةًۭ

    Alih huruf: Laa tasma'u feehaa laaghiyah

    Mereka tidak mendengar di situ sebarang perkataan yang sia-sia,

  12. 12

    فِيهَا عَيْنٌۭ جَارِيَةٌۭ

    Alih huruf: Feehaa 'aynun jaariyah

    Di dalam Syurga itu ada matair yang mengalir,

  13. 13

    فِيهَا سُرُرٌۭ مَّرْفُوعَةٌۭ

    Alih huruf: Feehaa sururum marfoo'ah

    Di situ juga ada pelamin-pelamin (berhias) yang tinggi (tempatnya),

  14. 14

    وَأَكْوَابٌۭ مَّوْضُوعَةٌۭ

    Alih huruf: Wa akwaabum mawdoo 'ah

    Dan piala-piala minuman yang disediakan (untuk mereka),

  15. 15

    وَنَمَارِقُ مَصْفُوفَةٌۭ

    Alih huruf: Wa namaariqu masfoofah

    Dan bantal-bantal yang teratur (untuk mereka berbaring atau bersandar),

  16. 16

    وَزَرَابِىُّ مَبْثُوثَةٌ

    Alih huruf: Wa zaraabiyyu mabsoosah

    Serta hamparan-hamparan yang terbentang.

  17. 17

    أَفَلَا يَنظُرُونَ إِلَى ٱلْإِبِلِ كَيْفَ خُلِقَتْ

    Alih huruf: Afalaa yanzuroona ilalibili kaifa khuliqat

    (Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?

  18. 18

    وَإِلَى ٱلسَّمَآءِ كَيْفَ رُفِعَتْ

    Alih huruf: Wa ilas samaaa'i kaifa rufi'at

    Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya.?

  19. 19

    وَإِلَى ٱلْجِبَالِ كَيْفَ نُصِبَتْ

    Alih huruf: Wa ilal jibaali kaifa nusibat

    Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan?

  20. 20

    وَإِلَى ٱلْأَرْضِ كَيْفَ سُطِحَتْ

    Alih huruf: Wa ilal ardi kaifa sutihat

    Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?

  21. 21

    فَذَكِّرْ إِنَّمَآ أَنتَ مُذَكِّرٌۭ

    Alih huruf: Fazakkir innama anta Muzakkir

    Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad, kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan;

  22. 22

    لَّسْتَ عَلَيْهِم بِمُصَيْطِرٍ

    Alih huruf: Lasta 'alaihim bimusaitir

    Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu).

  23. 23

    إِلَّا مَن تَوَلَّىٰ وَكَفَرَ

    Alih huruf: Illaa man tawallaa wa kafar

    Akan tetapi sesiapa yang berpaling (dari kebenaran) serta ia kufur ingkar, -

  24. 24

    فَيُعَذِّبُهُ ٱللَّهُ ٱلْعَذَابَ ٱلْأَكْبَرَ

    Alih huruf: Fa yu'azzibuhul laahul 'azaabal akbar

    Maka Allah akan menyeksanya dengan azab seksa yang sebesar-besarnya.

  25. 25

    إِنَّ إِلَيْنَآ إِيَابَهُمْ

    Alih huruf: Innaa ilainaaa iyaabahum

    Sesungguhnya kepada Kamilah kembalinya mereka,

  26. 26

    ثُمَّ إِنَّ عَلَيْنَا حِسَابَهُم

    Alih huruf: Summa inna 'alainaa hisaabahum

    Selain dari itu, sesungguhnya tanggungan Kamilah soal menghitung amal mereka.

Edisi terjemahan: ms.basmeih

Audio ayat: Mishary Rashid Alafasy (128kbps melalui islamic.network CDN).

Teks dan terjemahan: api.alquran.cloud · Bahasa Arab Uthmani.

Jika maksud ayah tidak jelas, tanya guru yang berkelayakan — terutamanya untuk hal undang-undang dan kepercayaan.