Semua surah

Surah 87

Yang Tertinggi

سُورَةُ الأَعۡلَىٰ

Al-A'laa · Mekah

Kekunci: J ayah seterusnya · K ayah sebelumnya

Audio
  1. 1

    بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ سَبِّحِ ٱسْمَ رَبِّكَ ٱلْأَعْلَى

    Alih huruf: Sabbihisma Rabbikal A'laa

    Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi (dari segala sifat-sifat kekurangan), -

  2. 2

    ٱلَّذِى خَلَقَ فَسَوَّىٰ

    Alih huruf: Allazee khalaqa fasawwaa

    Yang telah menciptakan (sekalian makhlukNya) serta menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya;

  3. 3

    وَٱلَّذِى قَدَّرَ فَهَدَىٰ

    Alih huruf: Wallazee qaddara fahadaa

    Dan Yang telah mengatur (keadaan makhluk-makhlukNya) serta memberikan hidayah petunjuk (ke jalan keselamatannya dan kesempurnaannya);

  4. 4

    وَٱلَّذِىٓ أَخْرَجَ ٱلْمَرْعَىٰ

    Alih huruf: Wallazeee akhrajal mar'aa

    Dan Yang telah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan untuk binatang-binatang ternak,

  5. 5

    فَجَعَلَهُۥ غُثَآءً أَحْوَىٰ

    Alih huruf: Faja'alahoo ghusaaa'an ahwaa

    Kemudian Ia menjadikan (tumbuh-tumbuhan yang menghijau) itu kering - (berubah warnanya) kehitam-hitaman.

  6. 6

    سَنُقْرِئُكَ فَلَا تَنسَىٰٓ

    Alih huruf: Sanuqri'uka falaa tansaaa

    Kami sentiasa menjadikan engkau (wahai Muhammad) dapat membaca (Al-Quran yang diturunkan kepadamu - dengan perantaraan jibril), sehingga engkau (menghafaznya dan) tidak lupa,

  7. 7

    إِلَّا مَا شَآءَ ٱللَّهُ ۚ إِنَّهُۥ يَعْلَمُ ٱلْجَهْرَ وَمَا يَخْفَىٰ

    Alih huruf: Illaa maa shaaa'al laah; innahoo ya'lamul jahra wa maa yakhfaa

    Kecuali apa yang dikehendaki Allah engkau lupakan; sesungguhnya Ia mengetahui (segala keadaan yang patut berlaku), dan yang tersembunyi.

  8. 8

    وَنُيَسِّرُكَ لِلْيُسْرَىٰ

    Alih huruf: Wa nu-yassiruka lilyusraa

    Dan Kami tetap memberi kemudahan kepadamu untuk (melaksanakan segala perkara) Ugama yang mudah diterima oleh akal yang sihat.

  9. 9

    فَذَكِّرْ إِن نَّفَعَتِ ٱلذِّكْرَىٰ

    Alih huruf: Fazakkir in nafa'atizzikraa

    Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna);

  10. 10

    سَيَذَّكَّرُ مَن يَخْشَىٰ

    Alih huruf: Sa yazzakkaru maiyakhshaa

    Kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu;

  11. 11

    وَيَتَجَنَّبُهَا ٱلْأَشْقَى

    Alih huruf: Wa yatajannabuhal ashqaa

    Dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya,

  12. 12

    ٱلَّذِى يَصْلَى ٱلنَّارَ ٱلْكُبْرَىٰ

    Alih huruf: Allazee yaslan Naaral kubraa

    Dia lah orang yang akan menderita bakaran neraka yang amat besar (azab seksanya),

  13. 13

    ثُمَّ لَا يَمُوتُ فِيهَا وَلَا يَحْيَىٰ

    Alih huruf: Summa laa yamootu feehaa wa laa yahyaa

    Selain dari itu, ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang.

  14. 14

    قَدْ أَفْلَحَ مَن تَزَكَّىٰ

    Alih huruf: Qad aflaha man tazakkaa

    Sesungguhnya berjayalah orang yang - setelah menerima peringatan itu - berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh),

  15. 15

    وَذَكَرَ ٱسْمَ رَبِّهِۦ فَصَلَّىٰ

    Alih huruf: Wa zakaras ma Rabbihee fasallaa

    Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mangerjakan sembahyang (dengan khusyuk).

  16. 16

    بَلْ تُؤْثِرُونَ ٱلْحَيَوٰةَ ٱلدُّنْيَا

    Alih huruf: Bal tu'siroonal hayaatad dunyaa

    (Tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia;

  17. 17

    وَٱلْءَاخِرَةُ خَيْرٌۭ وَأَبْقَىٰٓ

    Alih huruf: Wal Aakhiratu khairunw wa abqaa

    Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.

  18. 18

    إِنَّ هَٰذَا لَفِى ٱلصُّحُفِ ٱلْأُولَىٰ

    Alih huruf: Inna haazaa lafis suhu fil oolaa

    Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di dalam Kitab-kitab yang terdahulu, -

  19. 19

    صُحُفِ إِبْرَٰهِيمَ وَمُوسَىٰ

    Alih huruf: Suhufi Ibraaheema wa Moosaa

    Iaitu Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa.

Edisi terjemahan: ms.basmeih

Audio ayat: Mishary Rashid Alafasy (128kbps melalui islamic.network CDN).

Teks dan terjemahan: api.alquran.cloud · Bahasa Arab Uthmani.

Jika maksud ayah tidak jelas, tanya guru yang berkelayakan — terutamanya untuk hal undang-undang dan kepercayaan.

Yang Tertinggi — Islam Word