Semua surah

Surah 94

Melapangkan

سُورَةُ الشَّرۡحِ

Ash-Sharh · Mekah

Kekunci: J ayah seterusnya · K ayah sebelumnya

Audio
  1. 1

    بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ

    Alih huruf: Alam nashrah laka sadrak

    Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?

  2. 2

    وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ

    Alih huruf: Wa wa d'ana 'anka wizrak

    Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -

  3. 3

    ٱلَّذِىٓ أَنقَضَ ظَهْرَكَ

    Alih huruf: Allazee anqada zahrak

    Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

  4. 4

    وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ

    Alih huruf: Wa raf 'ana laka zikrak

    Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

  5. 5

    فَإِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًا

    Alih huruf: Fa inna ma'al usri yusra

    Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

  6. 6

    إِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًۭا

    Alih huruf: Inna ma'al 'usri yusra

    (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

  7. 7

    فَإِذَا فَرَغْتَ فَٱنصَبْ

    Alih huruf: Fa iza faragh ta fansab

    Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

  8. 8

    وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَٱرْغَب

    Alih huruf: Wa ilaa rabbika far ghab

    Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Edisi terjemahan: ms.basmeih

Audio ayat: Mishary Rashid Alafasy (128kbps melalui islamic.network CDN).

Teks dan terjemahan: api.alquran.cloud · Bahasa Arab Uthmani.

Jika maksud ayah tidak jelas, tanya guru yang berkelayakan — terutamanya untuk hal undang-undang dan kepercayaan.

Melapangkan — Islam Word