Semua surah

Surah 93

Pagi yang Cemerlang / Matahari Meninggi

سُورَةُ الضُّحَىٰ

Ad-Dhuhaa · Mekah

Kekunci: J ayah seterusnya · K ayah sebelumnya

Audio
  1. 1

    بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ وَٱلضُّحَىٰ

    Alih huruf: Wad duhaa

    Demi waktu dhuha,

  2. 2

    وَٱلَّيْلِ إِذَا سَجَىٰ

    Alih huruf: Wal laili iza sajaa

    Dan malam apabila ia sunyi-sepi -

  3. 3

    مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَىٰ

    Alih huruf: Ma wad da'aka rabbuka wa ma qalaa

    (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).

  4. 4

    وَلَلْءَاخِرَةُ خَيْرٌۭ لَّكَ مِنَ ٱلْأُولَىٰ

    Alih huruf: Walal-aakhiratu khairul laka minal-oola

    Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.

  5. 5

    وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَىٰٓ

    Alih huruf: Wa la sawfa y'uteeka rabbuka fatarda

    Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati.

  6. 6

    أَلَمْ يَجِدْكَ يَتِيمًۭا فَـَٔاوَىٰ

    Alih huruf: Alam ya jidka yateeman fa aawaa

    Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?

  7. 7

    وَوَجَدَكَ ضَآلًّۭا فَهَدَىٰ

    Alih huruf: Wa wa jadaka daal lan fahada

    Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)?

  8. 8

    وَوَجَدَكَ عَآئِلًۭا فَأَغْنَىٰ

    Alih huruf: Wa wa jadaka 'aa-ilan fa aghnaa

    Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?

  9. 9

    فَأَمَّا ٱلْيَتِيمَ فَلَا تَقْهَرْ

    Alih huruf: Fa am mal yateema fala taqhar

    Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,

  10. 10

    وَأَمَّا ٱلسَّآئِلَ فَلَا تَنْهَرْ

    Alih huruf: Wa am mas saa-ila fala tanhar

    Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;

  11. 11

    وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ

    Alih huruf: Wa amma bi ni'mati rabbika fahad dith

    Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

Edisi terjemahan: ms.basmeih

Audio ayat: Mishary Rashid Alafasy (128kbps melalui islamic.network CDN).

Teks dan terjemahan: api.alquran.cloud · Bahasa Arab Uthmani.

Jika maksud ayah tidak jelas, tanya guru yang berkelayakan — terutamanya untuk hal undang-undang dan kepercayaan.

Pagi yang Cemerlang / Matahari Meninggi — Islam Word