Semua surah

Surah 96

Segumpal Darah

سُورَةُ العَلَقِ

Al-Alaq · Mekah

Kekunci: J ayah seterusnya · K ayah sebelumnya

Audio
  1. 1

    بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٱقْرَأْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ

    Alih huruf: Iqra bismi rab bikal lazee khalaq

    Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),

  2. 2

    خَلَقَ ٱلْإِنسَٰنَ مِنْ عَلَقٍ

    Alih huruf: Khalaqal insaana min 'alaq

    Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;

  3. 3

    ٱقْرَأْ وَرَبُّكَ ٱلْأَكْرَمُ

    Alih huruf: Iqra wa rab bukal akram

    Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -

  4. 4

    ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلْقَلَمِ

    Alih huruf: Al lazee 'allama bil qalam

    Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -

  5. 5

    عَلَّمَ ٱلْإِنسَٰنَ مَا لَمْ يَعْلَمْ

    Alih huruf: 'Al lamal insaana ma lam y'alam

    Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.

  6. 6

    كَلَّآ إِنَّ ٱلْإِنسَٰنَ لَيَطْغَىٰٓ

    Alih huruf: Kallaa innal insaana layatghaa

    Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya),

  7. 7

    أَن رَّءَاهُ ٱسْتَغْنَىٰٓ

    Alih huruf: Ar-ra aahus taghnaa

    Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya.

  8. 8

    إِنَّ إِلَىٰ رَبِّكَ ٱلرُّجْعَىٰٓ

    Alih huruf: Innna ilaa rabbikar ruj'aa

    (Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmu lah tempat kembali (untuk menerima balasan).

  9. 9

    أَرَءَيْتَ ٱلَّذِى يَنْهَىٰ

    Alih huruf: Ara-aital lazee yanhaa

    Adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang (dan menghalang) -

  10. 10

    عَبْدًا إِذَا صَلَّىٰٓ

    Alih huruf: 'Abdan iza sallaa

    Seorang hamba Allah apabila ia mengerjakan sembahyang?

  11. 11

    أَرَءَيْتَ إِن كَانَ عَلَى ٱلْهُدَىٰٓ

    Alih huruf: Ara-aita in kana 'alal hudaa

    Adakah engkau nampak (buruknya) jika ia berada di atas jalan yang betul? -

  12. 12

    أَوْ أَمَرَ بِٱلتَّقْوَىٰٓ

    Alih huruf: Au amara bit taqwaa

    Atau ia menyuruh orang bertaqwa (jangan melakukan syirik)?

  13. 13

    أَرَءَيْتَ إِن كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰٓ

    Alih huruf: Ara-aita in kaz zaba wa ta walla

    Adakah engkau nampak (terlepasnya dari azab) jika ia mendustakan (apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad kepadanya) serta ia berpaling ingkar?

  14. 14

    أَلَمْ يَعْلَم بِأَنَّ ٱللَّهَ يَرَىٰ

    Alih huruf: Alam y'alam bi-an nal lahaa yaraa

    Tidakkah ia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)?

  15. 15

    كَلَّا لَئِن لَّمْ يَنتَهِ لَنَسْفَعًۢا بِٱلنَّاصِيَةِ

    Alih huruf: Kalla la illam yantahi la nasfa'am bin nasiyah

    Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka), -

  16. 16

    نَاصِيَةٍۢ كَٰذِبَةٍ خَاطِئَةٍۢ

    Alih huruf: Nasiyatin kazi batin khaatiyah

    Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah.

  17. 17

    فَلْيَدْعُ نَادِيَهُۥ

    Alih huruf: Fal yad'u naadiyah

    Kemudian biarlah ia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya),

  18. 18

    سَنَدْعُ ٱلزَّبَانِيَةَ

    Alih huruf: Sanad 'uz zabaaniyah

    Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya)!

  19. 19

    كَلَّا لَا تُطِعْهُ وَٱسْجُدْ وَٱقْتَرِب ۩

    Alih huruf: Kalla; la tuti'hu wasjud waqtarib

    Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya, dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!

Edisi terjemahan: ms.basmeih

Audio ayat: Mishary Rashid Alafasy (128kbps melalui islamic.network CDN).

Teks dan terjemahan: api.alquran.cloud · Bahasa Arab Uthmani.

Jika maksud ayah tidak jelas, tanya guru yang berkelayakan — terutamanya untuk hal undang-undang dan kepercayaan.

Segumpal Darah — Islam Word